Ketahui Punca Sebenar Rambut Kelemumur

RAMBUT adalah mahkota buat wanita. Menjaganya bukan sukar namun tidak juga mudah. Tidak kena gaya ia mudah rosak, berkelemumur, gugur dan beruban sebelum masanya.

Biar bertudung, penjagaan rambut tetap diutamakan apatah lagi ia memerlukan lebih perhatian berbanding mereka yang tidak. Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh lama mengundang peluh yang akhirnya bercampur minyak semula jadi lalu mengundang masalah kelemumur yang serius.

Bagi lelaki pula, barisan rambut yang lebat dan mudah digayakan menyerlahkan lagi penampilan. Biar pun mereka mempunyai pilihan untuk bergaya botak, namun bukan semua lelaki kelihatan menarik dengan penampilan begitu.

Apatah lagi andai keguguran rambut berlaku tidak sekata, pasti ia mencacatkan penampilan.

Menurut Dr. Gangaram, dua masalah utama yang sering melanda kebanyakan individu tidak kira lelaki dan wanita adalah rambut gugur dan kelemumur dengan kronik.

“Masalah rambut berlaku disebabkan banyak faktor. Antaranya usia, stres, kurang tidur, pengambilan makanan yang tidak betul, kurang nutrisi, penggunaan produk rambut berlebihan, pengering rambut dan genetik,” ujar beliau.

Seperti soal kesihatan yang lain, rambut juga sering diabaikan oleh kebanyakan individu, kata Dr. Gangaram.

“Bila rambut mula gugur baru kita berusaha ingin merawatnya. Sepatutnya ia perlu dijaga seawal usia muda lagi, melainkan faktor genetik yang sukar dirawat,” kata beliau.

Rambut bermasalah menjejaskan aktiviti harian setiap individu sekali gus menjadikan mereka kurang berkeyakinan dan malu berada di khalayak.

Jelasnya, setiap individu perlu mengetahui analogi, fisiologi dan punca biasa untuk lebih memahami dan menjaga kesihatan rambut.

Punca Rambut Kelemumur

Biasanya masalah ini disebabkan beberapa perkara:

  • Seborrheic dermatitis (gatal-gatal, kulit kepala berminyak) – punca biasa menyebabkan kelemumur. Ia kelihatan merah, kulit kepala berminyak diselaputi keruping putih atau kuning. Ia bukan sahaja berlaku pada kulit kepala malah di kawasan kulit yang mengandungi liang minyak, seperti kening, tepi hidung, belakang telinga, tulang dada, celah kangkang dan kadang kala pada bahagian ketiak.Seborrheic dermatitis juga boleh berlaku dari usia bayi dilahirkan (ruam lampin) dan beransur hilang pada usia satu tahun.

    Bagi mereka yang dijangkiti HIV, masalah ini lebih serius berbanding biasa. Menurut Dr. Gangaram, biasanya doktor boleh mengenal pasti pesakit yang menghidap HIV berdasarkan keadaan kulit kepala mereka yang mengalami kegatalan serius hingga merebak ke bahagian lain.

    Stres juga boleh mengundang masalah seborrheic dermatitis menjadi lebih teruk.

    Kulit kepala kering, gatal dan berkeruping – disebabkan cuaca panas. Bentuk keruping disebabkan kulit kepala kering biasanya kecil-kecil dan kurang berminyak berbanding lain-lain punca yang menyebabkan kelemumur.

    Kurang mencuci rambut – jika anda tidak membasuh rambut dengan kerap, minyak dan sel kulit daripada kulit kepala akan terbina, menyebabkan kelemumur.

Sensitif pada sesetengah produk – kadangkala sensitif kepada sesetengah jenis produk rambut menyebabkan kulit kepala menjadi kemerahan dan gatal. Terlalu kerap mencuci rambut juga boleh menyebabkan kelemumur.

  • Psoriasis – Masalah kulit berpunca daripada pengumpulan sel kulit mati yang menghasilkan keruping berwarna perak. Ia biasa berlaku di lutut, siku tetapi boleh juga berlaku pada kulit kepala.
  • Ekzema – Jika anda penghidap ekzema, kelemumur adalah masalah biasa.
  • Jangkitan yis malassezia – Malassezia hidup pada permukaan kulit kepala hampir kesemua individu dewasa tanpa menyebabkan sebarang masalah. Namun kadangkala, ia berkembang tanpa terkawal, merembeskan lebih minyak daripada folikel rambut. Ini menyebabkan iritasi pada kulit kepala dan menggalakkan lebih banyak sel kulit terhasil. Lebihan sel kulit akan mati dan tertanggal dan bercampur dengan minyak daripada rambut dan kulit kepala, menyebabkan ia kelihatan memutih, berkeping dan jelas kelihatan pada rambut juga pakaian anda.Walaubagaimanapun punca sebenar malassezia tidak diketahui. Boleh jadi disebabkan terlalu banyak minyak pada kulit kepala, perubahan hormon, tekanan, masalah saraf seperti parkinson, sistem imun terganggu, tidak mencuci dengan kerap, dan semua masalah menyumbang kepada kelemumur.

Sumber : Utusan Online

Masalah Rambut Gugur dan Kelemumur Boleh Settle Punya. Percaya dan Klik Disini Sekarang!

Advertisements

About alamdunia

Berkongsi Sesuatu Yang Indah Untuk Rakyat Malaysia
This entry was posted in Artikel Rambut Gugur and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s