Soalan Lazim

1. Apakah perbezaan antara PAKEJ GINSENG dan PAKEJ SERUM? Pakej yang mana sesuai untuk saya?

Pakej Ginseng sesuai utk mereka yg menghadapi masalah keguguran rambut yg kritikal sehingga rambut dah tahap jarang atau nipis.

Pakej Serum pula sesuai utk mereka yang menghadapi masalah keguguran rambut tetapi keadaan rambut masih tebal atau kelihatan normal.

Pakej ginseng memberikan kesan yang lebih kuat berbanding pakej serum untuk menggalakkan pertumbuhan rambut baru. Kedua-dua pakej ini sangat baik untuk mengatasi masalah keguguran.

Jika bajet dalam lingkungan RM100, boleh juga mencuba pakej serum dahulu.

2. Apakah produk atau pakej yang paling sesuai untuk masalah kulit kepala GATAL, KELEMUMUR, KUDIS DAN BERKUPING?

Untuk masalah di atas, sesuai gunakan PAKEJ SERUM.

Jika anda mempunyai masalah Rambut Gugur yang teruk sehingga rambut dah nampak jarang/nipis (dan juga masalah-masalah disebutkan diatas), gunakan PAKEJ SERUM dahulu sehingga masalah di atas selesai atau berkurangan, kemudian gunakan KRIM GINSENG pula untuk melebatkan semula rambut.

3. Saya mengalami keguguran dan kebotakan disebabkan faktor keturunan. Adakah produk ini dapat membantu mengatasinya?

InsyaAllah boleh dengan syarat belum botak licin berkilat lagi.

Majoriti pelanggan kami menghadapi masalah keguguran disebabkan faktor keturunan dan terbukti mereka memberikan respon dan komen-komen yang positif.

4. Jika kepala saya sudah BOTAK LICIN BERKILAT, bolehkah saya menggunakan produk ini?

TIDAK BOLEH kerana kepala anda sudah tiada akar untuk disuburkan. Jika rambut masih ada walaupun dah sedikit atau nipis, masih ada harapan.

Namun begitu, anda yang sudah botak licin masih ada alternative lain untuk adakan semula rambut iaitu menggunakan kaedah “Hair Implant” atau “Tanam Rambut”. Perlu diingatkan kos rawatan ini agak mahal tapi terbukti berkesan dan ada jaminan. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

5. Adakah produk ini ada jaminan? Bagaimana jika saya pakai tetapi masalah tidak selesai?

Produk kami TIADA JAMINAN. Ia merupakan produk yang berasaskan herba, dan merupakan satu alternatif untuk merawat masalah rambut anda.

Tiada ubat atau rawatan dalam dunia ini yang memberikan jaminan “sembuh” kerana yang menyembuhkan hanya lah Tuhan. Kami hanya perantaraan. Kita berusaha, Tuhan yang menentukan.

Namun begitu, 9/10 pelanggan yang menggunakan produk kami terbukti memberikan respon yang positif (anda boleh baca komen-komen di facebook kami). Jika anda telah menggunakan produk kami selama 3 bulan tetapi masalah masih berlanjutan, dinasihatkan mendapatkan nasihat doktor dikhuatiri ada penyakit dalaman yang menyebabkan keguguran tersebut.

6. Adakah produk ini dijual di kedai-kedai atau farmasi? Dimanakah kami boleh mendapatkan produk ini selain daripada secara “ONLINE”?

untuk menjaga kualiti dan menghindarkan daripada produk tiruan, kami hanya menjual secara online. Herba yang digunakan dalam produk kami adalah herba2 terpilih dan terhad, jadi kami perlu menjaga kualiti produk kami untuk memberikan kesan yang terbaik utk pelanggan kami.

7. Bagaimanakah bau produk ini?

Bau nya harum dan selesa dipakai. Kepala juga akan rasa sejuk dan berangin.

8. Berapa lamakah tempoh penghantaran?

Tempoh penghantaran adalah maximum 3 hari bekerja. Kebiasaannya lebih awal.

9. Syarikat apakah yang digunakan untuk penghantaran?

Kami menggunakan perkhidmatan POS LAJU.

10. Adakah produk ini akan memberikan kesan sampingan kepada saya untuk jangka masa pendek atau panjang?

TIDAK sama sekali. Kerana kandungan produk ini adalah 100% daripada herba semula jadi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s